Friday, November 17, 2017

CARA CHECK CCRIS (CREDIT REPORT)

Hello Reader,

Terima kasih kerana datang melawat blog yang tak seberapa ni

Entry ni bit panjang sikit

Meh nak cerita sikit

Mesti korang selalu dapat call daripada bank yang offer credit card , loan dan lain-lain kan?

Macam kes aku lak

Maybank selalu call, kononnya sebagai tanda penghargaan la so, dieorang offer credit card al-ikhwan dan beberapa benefit lain.

Before this pernah apply, tapi tak berjaya mungkin ada sebab lain sebagai contoh komitmen tinggi dan sebagainya

Kali ni berlainan lak, almost sebulan 2-3 kali call centre call nak promote, so sebelum dieorang explain aku dah "cut" awal- awal cakap tak pernah apply tapi tak lulus. "orang yang call sebelum ni cakap nak check, pastu diam" Yang last ni bagus, dia tolong check, so end up dapat tau la bank decline sebab rekod ccris. So dia ada tanya la ada apa-apa outstanding ke tak. Jawapanya tak kecuali "PTPTN" tadaaaaa.

Aku ada 2 PTPTN, 1 untuk diploma dan 1 lagi untuk degree. Yang diploma keep bayar tapi yang degree asyik tertunggak. Maybe itu salah satu sebab la kan lebih-lebih lagi memang confirm dah peminjam PTPTN akan masuk dalam rekod CCRIS. Tunggakan serba sebanyak akan effect credit rekod korang ye. Since aku pun tak berminat nak tambah credit card, aku just ignore je la.. Ngeh3

Lepas kes tu, tak de dah call centre maybank call aku.

Ni kes kedua yang mana telah membuka mata aku sedikit .

Dalam 2-3 hari lepas, sebelum entry ni di buat aku google la cara-cara nak buka business account melalui online. So far CIMB je allowed. So gigih la isi form. Then ada 2 part form aku tak complete.
Buat punyer buat tak lepas..Adjust macam mana pun tak lepas, So terus la call customer service untuk bertanyakan. Dia assist pun tak dapat. Then dia try la check melalui data CIMB.

Guess what "account under management approval" di sebabkan dia tak boleh dedahkan maklumat, so aku tanya la option lain yang mana pergi bank untuk buat buka akaun then jawapannya tak boleh. Wajib melalui online juga baru pergi submit document dekat branch.

Aku makin pelik dan confuse, apa yang menyebabkan bank tak allowed aku buka akaun. Terus la tergerak hati nak check CTOS. Apa lagi, sign up la kan.

Untuk CTOS korang boleh pergi sini:

https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/SimpleRegister



Rekod korang beli je. Yang free tu tak ada apa-apa pun.

Mahal, so aku tak beli la yang ni.

Google punyer google jumpa satu lagi iaitu nak check CCRIS.

Report just bayar RM 10 je..lagi jimat

https://www.mycreditinfo.com.my/index.php/home/signup

Korang sign up je dekat link atas tu

dalam masa 3 jam permohonan korang akan di approve..make sure gambar IC clear ye kalau tak dieroang tak kan approve




Ni akaun yang dah approve. Korang boleh bayar terus lepas sign up tu..nanti dah approve dieorang akan hantar email report tu


Yang ni macam summary je. Korang juga di bekalkan dengan full report. Dari situ korang akan dapat check apa yang problem.

Dari sini, ada miss payment pastu yang korang tak leh jangka adalah 
  • You've kept to a maximum of 3 credit applications in the last 12 months. Making too many applications can be viewed negatively by banks.
For the 1st time in my life, kalau reject banyak kali, bank pun tak suka. Fuhh..next time kene beware la.

Macam aku kan tak puas hati kenapa "management approval" tu..so aku view la report then i found something


So ni la full report aku

Yang paling last tu korang perasan tak yang pelik.

2 bulan je ada..yang sebelum tu tak ada

kalau korang nak tau..itu la PTPTN. Aku gabungkan diploma dengan degree so, history tak ada.

Pastu ada lak tak bayar.Actually bulan tu aku bayar full. Cuma ada certain amount less then RM 20 je tak bayar, terus capture for whole month kau tak bayar, Sakit woiii

Aku ada google juga dekat sebahagian blog, dan ada yang menyatakan, bank tak suka kalau ada penggabungan ni, reschedule dan sebagainya. Walau cantik score aku, still bank reject. Sedih tau .

So kepada mereka yang tengah duk cari, tengah duk pening kenapa bank reject. Please check.

Sebab aku just nak buka akaun bukan nak apply loan. Tak sure la kalau ada bersangkut paut dengan high komitmen ke apa.

Kalau korang ada apa-apa nak tambah

Jangan lupa komen tau.

Just share untuk panduan orang lain juga



No comments:

Post a Comment