Friday, November 17, 2017

CARA CHECK CCRIS (CREDIT REPORT)

Hello Reader,

Terima kasih kerana datang melawat blog yang tak seberapa ni

Entry ni bit panjang sikit

Meh nak cerita sikit

Mesti korang selalu dapat call daripada bank yang offer credit card , loan dan lain-lain kan?

Macam kes aku lak

Maybank selalu call, kononnya sebagai tanda penghargaan la so, dieorang offer credit card al-ikhwan dan beberapa benefit lain.

Before this pernah apply, tapi tak berjaya mungkin ada sebab lain sebagai contoh komitmen tinggi dan sebagainya

Kali ni berlainan lak, almost sebulan 2-3 kali call centre call nak promote, so sebelum dieorang explain aku dah "cut" awal- awal cakap tak pernah apply tapi tak lulus. "orang yang call sebelum ni cakap nak check, pastu diam" Yang last ni bagus, dia tolong check, so end up dapat tau la bank decline sebab rekod ccris. So dia ada tanya la ada apa-apa outstanding ke tak. Jawapanya tak kecuali "PTPTN" tadaaaaa.

Aku ada 2 PTPTN, 1 untuk diploma dan 1 lagi untuk degree. Yang diploma keep bayar tapi yang degree asyik tertunggak. Maybe itu salah satu sebab la kan lebih-lebih lagi memang confirm dah peminjam PTPTN akan masuk dalam rekod CCRIS. Tunggakan serba sebanyak akan effect credit rekod korang ye. Since aku pun tak berminat nak tambah credit card, aku just ignore je la.. Ngeh3

Lepas kes tu, tak de dah call centre maybank call aku.

Ni kes kedua yang mana telah membuka mata aku sedikit .

Dalam 2-3 hari lepas, sebelum entry ni di buat aku google la cara-cara nak buka business account melalui online. So far CIMB je allowed. So gigih la isi form. Then ada 2 part form aku tak complete.
Buat punyer buat tak lepas..Adjust macam mana pun tak lepas, So terus la call customer service untuk bertanyakan. Dia assist pun tak dapat. Then dia try la check melalui data CIMB.

Guess what "account under management approval" di sebabkan dia tak boleh dedahkan maklumat, so aku tanya la option lain yang mana pergi bank untuk buat buka akaun then jawapannya tak boleh. Wajib melalui online juga baru pergi submit document dekat branch.

Aku makin pelik dan confuse, apa yang menyebabkan bank tak allowed aku buka akaun. Terus la tergerak hati nak check CTOS. Apa lagi, sign up la kan.

Untuk CTOS korang boleh pergi sini:

https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/SimpleRegister



Rekod korang beli je. Yang free tu tak ada apa-apa pun.

Mahal, so aku tak beli la yang ni.

Google punyer google jumpa satu lagi iaitu nak check CCRIS.

Report just bayar RM 10 je..lagi jimat

https://www.mycreditinfo.com.my/index.php/home/signup

Korang sign up je dekat link atas tu

dalam masa 3 jam permohonan korang akan di approve..make sure gambar IC clear ye kalau tak dieroang tak kan approve




Ni akaun yang dah approve. Korang boleh bayar terus lepas sign up tu..nanti dah approve dieorang akan hantar email report tu


Yang ni macam summary je. Korang juga di bekalkan dengan full report. Dari situ korang akan dapat check apa yang problem.

Dari sini, ada miss payment pastu yang korang tak leh jangka adalah 
  • You've kept to a maximum of 3 credit applications in the last 12 months. Making too many applications can be viewed negatively by banks.
For the 1st time in my life, kalau reject banyak kali, bank pun tak suka. Fuhh..next time kene beware la.

Macam aku kan tak puas hati kenapa "management approval" tu..so aku view la report then i found something


So ni la full report aku

Yang paling last tu korang perasan tak yang pelik.

2 bulan je ada..yang sebelum tu tak ada

kalau korang nak tau..itu la PTPTN. Aku gabungkan diploma dengan degree so, history tak ada.

Pastu ada lak tak bayar.Actually bulan tu aku bayar full. Cuma ada certain amount less then RM 20 je tak bayar, terus capture for whole month kau tak bayar, Sakit woiii

Aku ada google juga dekat sebahagian blog, dan ada yang menyatakan, bank tak suka kalau ada penggabungan ni, reschedule dan sebagainya. Walau cantik score aku, still bank reject. Sedih tau .

So kepada mereka yang tengah duk cari, tengah duk pening kenapa bank reject. Please check.

Sebab aku just nak buka akaun bukan nak apply loan. Tak sure la kalau ada bersangkut paut dengan high komitmen ke apa.

Kalau korang ada apa-apa nak tambah

Jangan lupa komen tau.

Just share untuk panduan orang lain juga



Tuesday, November 7, 2017

1 IBC 1 WEBSITE

Inovasi terbaru selaras dengan teknologi di hujung jari sekarang

Alhamdulillah, Marykay sangat memahami golongan Gen-Y yang lebih sukakan beli online berbanding walk in.

New website coming in 2018.

So kali ni, pengguna Marykay tak perlu lagi ragu-ragu nak beli online ye

Direct website + Direct order dan juga barangan akan di pos oleh pihak Marykay kepada anda.

wowww...tak sabar nak tunggu enovasi terbaru ini.

Sangatlah rugi bagi sesiapa yang tak join

Jom join marykay

Yuran pendaftaran amatlah murah

Nak tahu dengan lebih lanjut

Jom whatsapp saya

Nur
017-9698951

Wednesday, November 1, 2017

MARYKAY BOTANICAL EFFECT EVOLUTION

Hai Readers,

Kali ni nak share berkenaan dengan produk Marykay Botanical Effect Evolution yang mana sesuai untuk adik-adik yang berumur 13 tahun ke atas. Evolusi terbaru daripada marykay ini adalah sangat bagus kerana jika sebelum ini Marykay botanical effect yang biasa (hijau) hanya sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Dan alhamdulillah, dengan adanya skincare yang baru ni dapat lah kami sebagai BC untuk memperluaskan target market kami dengan menyasarkan golongan remaja juga.


Apabila sesuatu produk di keluarkan oleh company, BC adalah antara pengguna tetap yang paling eksited untuk mencuba. Ye..saya telah cuba skincare ni.

Serious sangat wangi dengan ekstrak buah naga. bukan setakat remaja yang suka dengan produk ini malahan golongan dewasa pun turut sama.

Dalam 1 set ada 5 produk yang nama terdiri daripada cleanser, toner, scrub, moisurizer dengan spf 30 dan juga moisturizer.

Kenapa ada moisturizer spf 30 dan juga scrub.

ini adalah keistimewaan set botanical evolution ni.

golongan remaja sememangnya banyak terdedah dengan aktiviti luar justeru itu, pemakaian sublock amat penting untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.

Scrub bertujuan membuang sel kulit mati. kulit remaja tak seperti kulit orang dewasa yang memerlukan penjagaan yang sedikit rapi, Justeru itu, pemakain scrub sudah memadai.

Jom kita terokai satu persatu items yang terdapat dalam set ini.


BOTANICAL EFFECT CLEANSING GEL

  • Mengandungi bahan-bahan yang di ekstrak secara semulajadi daripada kelapa untuk membersihkan kulit
  • Membersihkan secara mendalam dan effektif serta melarutkan semua kesan minyak
  • Tidak mengeringkan kulit atau membuat kulit terasa tegang selepas mencuci
  • Kulit berasa licin, segar dan bersih



BOTANICAL EFFECT REFRESHING TONER

  • Manfaat antioksidan kepada kulit
  • Mengetatkan liang pori dan menyingkirkan minyak berlebihan
  • Menghilangkan kesan kekotoran pada kulit untuk memberi pembersihan yang lengkap
  • Mengandungi ekstrak Witch Hazel yang digunakan sebagai astrigen, kulit tak ada merasa kering dan terlalu tegang
  • Mengawal kulit berminyak, meninggalkan kulit kelihatan sihat dan rasa segar



BOTANICAL EFFECT MOISTURIZING GEL

  • Gel pelembap yang dapat diserap oleh kulit menawarkan kelembapan optimal kepada semua jenis kulit, membolehkan kulit kelihatan sihat. 
  •  Formula yang ringan tidak memberi rasa berminyak dan ia juga tidak meninggalkan sisa, malah ia melembap sehingga 12 jam. 
  •  Kulit berasa lembut, licin dan segar tanpa rasa kering.  



BOTANICAL EFFECT MOISTURIZING LOTION SPF 30 SUNSCREEN

  • Bertekstur ringan menawarkan spektrum perlindungan matahari yang luas—iaitu perlindungan daripada kedua-dua sinar, UVA dan UVB. 
  • Ia dapat diserap oleh kulit dengan cepat tanpa meninggalkan sisa pada kulit, jadi apa-apa langkah seterusnya akan dilakukan tanpa lengah. 
  • Anda akan dapat kelembapan yang secukupnya untuk kulit anda — tanpa mengira apa jenis kulit anda — pelembapan sehingga 12 jam.  




BOTANICAL EFFECT INVIGORATING SCRUB

  • Skrub Penyegar kami mengelupas untuk membuang kulit mati dan kulit kusam, pori-pori berasa seperti dibersihkan secara mendalam. 
  • Dirumus dengan benih buah untuk pengelupasan semula jadi untuk membersihkan pori-pori (tidak menyumbat). 
  • Mengandungi bahan-bahan yang diekstrak secara semula jadi daripada kelapa dan epal. 
  • Bukan hanya kulit anda akan kelihatan licin, malah skrub ini mengembalikan semula kulit anda yang kelihatan lesu kepada kulit yang cantik berseri dan sihat. 


CARA-CARA PENGGUNAAN

SIANG

cleanser
toner
moisturizing spf 30

MALAM

cleanser
toner
moisturizing gel

#scrub boleh digunakan selepas cleanser dan sebelum toner 2-3 kali seminggu

sekiranya ada apa-apa pertanyaan ataupun berminat nak cuba dulu sebelum memiliki botanical effect evolution ni, boleh la whatsapp saya ye

Nur
017-9698951
Marykay Independent Beauty Consultant  (Batu Caves)


P/S : bagi yang suka cleanser bau wangi. boleh la try ni.Yang penting selamat

NAK KULIT CANTIK TAPI MALAS !!!

Lagi confession dalam IIUM yang wajar kita baca dan ambil panduan.

Sekarang banyak viral pasal produk timbang kilo, produk tempatan yang tinggi bahan merbahaya yang bagusnya viral kes mcm ni bagi kesedaran sikit dekat masyarakat yang kebanyakannya perempuan la nak kulit muka cantik tapi nak kesan yang cepat, nak glowing ala-ala korea.
dik bukan senang nak kulit macam tu.even artis pun bukan semua kulit cantik dalam instagram, fb semua dah edit n pakai mekap.tengok depan-depan ada jugak jerawat kecil-kecil jeragat semua tu.orang korea tu mostly buat plastik surgery and memang ada rawatan untuk licinkan kulit sekali.tambah lagi cuaca mereka dekat sana memang sejuk jadi takdela muka tu lembap dan bakteria pun kurang la hinggap kat muka.
 Saya berumur 30tahun memang dilahirkan kulit putih kuning mungkin sebab ada campuran cina sebelah mak.tapi tak bermakna kulit saya cantik sebab dilahirkan cerah.Nak cantik memang kena usaha bukan boleh dapat dalam sekelip mata, seminggu, sebulan.
Ia ambil masa yg lama bertahun bergantung pada cara pemakanan, cara penjagaan kulit & jenis produk yg kita guna. Saya pernah pakai produk tempatan tu pun produk safi je..takut sangat nak cuba produk tempatan terutama untuk kulit muka…tu pun krim kecantikan yang rm8 tu as a base sebelum pakai compact powder.masa tu zaman sekolah menengah tak tahu lagi cara penjagaan muka yg betul.kulit saya jenis tak cepat naik jerawat tapi saya suka pakai mekap.jadi mungkin cara penjagaan kulit sy tidak betul naik jerawat, jeragat n tona kulit tak sekata pun terjadi.disebabkan sy pelajar jurusan sains kesihatan banyak yang sy belajar dlm subject toxicology,chemistry and microbiology.selain utk sy banyak baca research n jurnal berkaitan dermathology.jadi lepas tu sy cek satu2 ingredient setiap produk yg saya guna.

Memang takkan ada produk yg 100% organik, mesti akan ada jugak unless kita buat sendiri dan guna untuk beberapa hari je tahan.yang kita hanya boleh pilih produk yg kurang penggunaan bahan kimia.dulu2 saya pakai sabun sastid beli dekat farmasi, toner, pelembap semua xpakai tapi lepas jerawat naik teruk sy tukar pakai produk Simple.. ada di watson n guardian.bukan nak ckp Simple ni takde bahan kimia cuma kurang berbanding produk lain.mana sy tahu kurang? sy cek satu2 ingredient nya di google ada toxic effect tak kalau kita pakai in long term…jangan jadi malas yer..nak cantik kena rajin…masa tu saya tak banyak duit lagi baru habis belajar nak cuba produck mahal-mahal macam SKII, Mary Kay, Clinique semua tak mampu.tapi saya rajin jaga kulit wajib hari2 saya cuci muka guna make up removal untuk buang mekap sebelum cuci muka guna cleanser, toner, pelembap, sunblock, baru pakai bb cream.cc cream or foundation n compact powder. 
nampak mcm tebal je bila nak pakai tp bila apply nipis-nipis dan lama-lama dah terbiasa.kenapa kita kena pakai segala benda alah ni semua? Make up removal ni untuk buang segala krim kekotoran muka kau sebelum kau guna cleanser.guna cleanser je memang takkan bersih muka.tu yang bila kita cakap dah cuci muka bersih-bersih guna cleanser kenapa muka saya masih ada jerawat?tu sebabnya tak pakai make up removal

Next lepas pakai cleanser kena pakai toner sebab masa cuci muka liang pori-pori dah terbuka.fungsi toner untuk menutup liang pori-pori muka selain mengelakkan jeragat di muka.lepas tu pakai la pelembap sebab toner ni boleh buat muka kita kering.jadi kena ada satu lapisan pelembap di muka.kalau nak keluar rumah kena pakai sunblock sebab ,matahari ni ada sinar uv yang boleh menyebabkan kanser kulit dan menyebabkan jeragat di muka.jadi fungsi sunblock ni untuk menghalang semua di atas terjadi.even lampu pun ada sinar uv termasuklah api di dapur tu.jadi penting sangat pakai sunblock.lepas tu baru la kita pakai bb,cc cream or foundation sebagai asas kepada mekap kita sebelum pakai compact powder,jadi setiap satu nya ada fungsi masing-masing bukan suka-suka je nak pakai.
Lepas tu skrub muka kena pakai seminggu 2-3x untuk membuang white/black head, menanggalkan sel-sel kulit mati di muka.kalau rasa nak senang boleh guna barang di dapur je untuk buat skrub muka.murah, jimat dan selamat,contoh boleh guna soda bikarbonat dan air sental dekat muka, atau pun ubat gigi dan garam..lain-lain susu tepung dan soda bikarbonat dan air.boleh google cara buat homemade fask scrub memang lebih selamat dan semulajadi.org korea pun suka guna soda bikarbonat ni untuk penjagaan kulit .

Cara pemakanan kita pun memainkan peranan penting.kurangkan makanan berminyak, belacan, dan bergula. Minum air kosong sekurang-kurangnya 3liter sehari. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kulit pisang juga bagus untuk kulit.Lepas makan pisang kulitnya boleh kita sental di muka kerana banyak khasiat. Kebersihan diri pun perlu dijaga sarung bantal dan cadar perlu sering ditukar kerana bila kita tidur muka kita akan terkena sarung bantal.kalau kita jarang tukar sarung bantal akan banyak bacteria yang membiak dan berpindah pada muka.

Lepas tu adik-adik, tuala mandi tu mesti diasingkan dengan tuala lap muka.jangan sesekali guna tuala lap badan untuk lap muka..sidai dan anginkan di tempat yang kering tuala muka korang ni.seminggu sekali or 3-4 hari sekali tukar tuala muka.cuci dan rendam dengan air panas selama 30min untuk matikan baktria n sterilkan tuala muka tu.walaupun bukan 100% akan bersih tapi boleh kurang kekotoran dekat tuala muka tu kan.nak cantik kan? Kena la rajin.semua rutin ni saya buat dari umur 20tahun sampai la sekarang dah masuk 30tahun.Ya untuk pengetahuan masa umur saya 26tahun saya tukar skincare kepada Mary Kay.masa tu gaji dah banyak sikit boleh la nak invest untuk penjagaan kulit tu lebih sikit.
Mary Kay ni sebenarnya tidaklah mana pun kecuali adik-adik beli 1set sekali.bulan-bulan simpan la duit beli satu-satu barang Mary Kay ni kalau tak mampu.kenapa saya pilih Mary Kay? Sebab produk ni dah stabil di serata dunia untuk berpuluh tahun,banyak Research n Development (R&D) yang telah dijalankan sebelum produk mereka dikeluarkan dan Clinically Proven.dan saya search setiap satu bahan-bahan yang digunakan memang kebanyakannya dari bahan semulajadi dan sy cari jurnal yang berkaitan.walaupun macam yang saya cakap sebelum bukan 100% organik tapi kurang bahan kimia dan tiada bahan bertoksik yang digunakan. Tu pun untuk dapat kulit yang mulus makan masa setahun dua juga. Sekarang Alhamdulillah kulit saya tiada masalah, dah boleh cakap macam kulit org korea yang halus mulus tu.tak pakai mekap keluar pun tiada masalah.di rumah pun selasa depan suami tunjuk muka tak mekap tu.

Jadi untuk jadi cantik kita juga kena jadi bijak dan rajin.bijak memilih produk, sabar,istikamah dan yang penting kena usaha.macam kita nak dapat degree kita kena belajar dan usaha kan.sama juga untuk dapat kulit yang cantik.saya tak berniat nak buat promosi produk Mary Kay disini.mungkin untuk kulit saya sesuai.mungkin untuk adilk-adik kurang sesuai. Carilah produk yang sesuai untuk diri masing-masing tapi pada masa yang sama kena bijak dan sabar.Usaha tanda kejayaan
– Farah Atiqah

credit : IIUM confession

MARYKAY FREE TRIP : HANGZHOU CHINA

Hai readers,

Kali ni nak share berkenaan dengan challange yang Marykay buat untuk semua beauty consultant mereka.

Susah ke nak buat challange ni?

Actually tak ada la susah mana pun tapi kene put effort la sikit kan sebab perlu recruit orang.

Bila recruit secara automatik poket kita pun berisi gak. Ok la dari tak ada apa-apa kan.

Kali ni akan ke Hangzhou selepas Singapore (lepas raya hari tu), 2nd Oversea trip yang fully sponser oleh Marykay.


 Nama pun dah keluar dah.. Yehaaaa


Kenapa nak sangat ke Hangzhou ni?

Salah satu kilang Marykay berada di China. Akan tetapi product nya hanya untuk pasaran china sahaja. Untuk malaysia , direct from Dallas , Texas.

Actually dulu pun semua produk dari Dallas, dek kerana demand terlampau tinggi di China, Kilang dekat Dallas pun surrender tau. So company decide untuk bukak satu kilang dekat sana dan hanya untuk market sana sahaja.

Pernah tak korang tengok sendiri dengan mata kepala ataupun pergi sendiri dekat kilang produk yang korang guna atau jual? Mesti tak pernah kan..even tak terfikir pun nak pergi tengok ataupun cari. Tapi korang tau tak, ada golongan yang teringin nak pergi kilang, tengok kilang dan juga cara pemprosesan produk tersebut. 

Kalau tak silap Marykay je yang offer benda ni. Nak yakinkan pengguna kita dulu perlu yakin dengan produk. Macam mana nak yakin dengan produk ? PERGI TENGOK KILANGNYA.

Ye..ini adalah solution yang terbaik.Justeru itu kalau nak jual sesuatu barang kita dulu perlu yakin dengan produk baru lah customer akan yakin. Tengok dulu kilang, cara process yakni di yakini kebersihan, tulus baru semangat nak jual kan..nak bagi orang pakai

For those yang merasakan diri sangat eager untuk ketahui cara pembuatan, kilang boleh la join marykay.

Nak tau caranya?

whatsapp saya

Nur
017-9698951


Tuesday, October 31, 2017

MARYKAY BOTANICAL EFFECT SKINCARE



Hi Reader,

Tadi terbaca komen dekat satu blog ni yang berbunyi

"asyik seller je yang buat review"

ok meh nak cerita sikit kenapa seller yang buat review especially produk botanical effect yang super duper di perkatakan ramai ni.

Kalau reader nak tau, mostly yang mempunyai kulit wajah mereka akan start dengan botanical effect ni dulu.

Kenapa ye?

Botanical effect ni juga di kenali sebagai beginner skincare dan juga "menyihatkan" kulit terlebih dahulu sebelum bertukar kepada regimen yang lebih advance seperti timewise dan juga melacep.

Kalau terus kepada melacep /timewise tak boleh ke?

Boleh je tak ada masalah. tapi seandainya kulit rosak, lagi bagus kalau kita perbaiki struktur kulit dulu. lepas kulit dah sihat, result yang akan di perolehi sangatlah menakjubkan.

Based on true story ye.

Seller a.k.a Marykay independent beauty consultant bukan saja-saja nak buat review, bukan nak tunjuk yang marykay ni super bagus tapi ni dia punyer pengalaman sendiri. Rata-rata beauty consultant marykay ini terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah kulit wajah dan juga mereka bermula dengan botanical. Review dari pengguna biasa ada tapi majoriti daripada mereka telah berpuas hati dan covert daripada customer kepada beauty consultant serta share pengalaman mereka dekat wanita di luar sana.

"BUKAN SAJA-SAJA BUAT REVIEW YE"

Botanical Effect skincare ini sesuai untuk 3 jenis kulit iaitu kulit kering , kulit berminyak dan juga kulit normal.

kalau nak tau jenis kulit boleh refer klik sini ye

 dekat tiub atau box dah siap-siap tulis nombor ye. Sila perhatikan betul-betul supaya anda tak salah pilih.

Sekiranya anda mempunyai masalah :

                                                     Kulit kering (formula 1)
                                                     Kulit normal (formula 2)
                                                     Kulit berminyak (formula 3)

                                                    ** Kulit kombinasi ( adalah gabungan formula ya) , perlukan further details boleh contact nombor di bawah ini**



(FORMULA 1)


(FORMULA 2)


(FORMULA 3)


Jangan risau, produk marykay sudah 55 tahun di dunia. Sebelum sesuatu produk di pasarkan,

Ia telah memalui process yang sangat ketat. R& D tok sah cerita la.

Plus marykay mempunyai team dermatologis sendiri ye.

Kalau ada yang mempunyai masalah kulit, nak dapatkan seseorang untuk guide,

boleh la whatsapp saya

Nur
017-9698951

p/s : result lambat sikit ye. tapi once kulit dah ok, mesti puas hati punyer.





UNDERSTAND YOUR SKIN TYPE

Hello Readers,

Ramai wanita di luar sana masih memilih skincare yang salah.

Pemilihan skincare harus lah bermula dengan mengetahui jenis kulit terlebih dahulu sebelum membeli apa-apa skincare.

Contoh pertama:

Macam kita beli baju, kita haruslah mengetahui saiz badan kita terlebih dahulu akan tetapi bila melibatkan skincare, ramai yang mengambil sambil lewa? kenapa?

Contoh kedua :

Kalau kita demam, kita perlu makan ubat demam, bukan makan ubat sakit tekak.

Begitulah juga dengan kulit kita, andai kata kulit kita berminyak, kita perlu memilih skincare untuk kulit berminyak, bukan pilih skincare untuk kulit kering










Pilih lah skincare yang mengikut jenis kulit anda supaya segala masalah anda dapat di kurangkan dan kulit anda akan kembali sihat seperti sedia kala


HELLO NOVEMBER


Sedar tak sedar, hari ini adalah 1st November 2017 dan bulan depan dah nak December.

Azam tahun baru?

Azam 2017 pun tak terfikir inikan pula nak azam 2018 kan.

Bagi korang yang berazam pada tahun 2017 tu dah mencapai target ke ?

Kalau belum, cepat kan lah..ataupun korang nak bawak ke tahun depan.

Setiap kali bulan baru, saya sebagai Marykay Independent Beauty consultant akan selalu sibuk.

Sibuk dengan plan untuk active mencari orang baru yang nak buat business

Sibuk mencari customer yang nak rawat kulit wajah.

Kalau korang ada masalah kulit wajah

Boleh la contact saya ye

Nombor phone dekat bawah ni je

Nur
017-9698951

Monday, October 30, 2017

PRODUK DARI NERAKA

Assalamualaikum,

Tak nak borak panjang aku just nak share pengalaman aku. Tajuk aku pun macam teruk sangat kan, yes as it was so disaster of my life due to local product. First of all, aku xnak pukul sama rata yang local product semua teruk.
Secondly, nak bagi tahu waktu aku sekolah dan diploma dulu, kulit aku jarang naik jerawat dan susah sangat ada masalah kulit. Kulit memang tahan lasak. Btw aku berkulit putih.
Lepas masuk degree, aku suka join adventure activities, muka aku sunburn teruk dan kusam sangat. Buat secara tradisional lambat jalan. haha Start sini pengalaman meneroka produk2 bermula. Aku impress dengan kulit muka kawan aku, lawa gila namatey, dulu biasa2 je muka dia. Sekarang cantik weh macam korea flawless bakhang. Dari situ, aku tanya dia, pakai apa dia share je dengan aku pasal kecantikan, biasalah perempuan kann.
Then, aku start pakai that skincare. Siyesly ramai tanya aku pakai apa, kulit cantik sangat. Btw, aku pergi memana ramai gila lelaki mengorat dan siap terlanggar meja sebab tengokkan aku (siyes xtipu). Perempuan2 ramai jeles dengan aku sebab cantik, sebab ye lah kulit macam ala2 korea kott. Jadi cantik nie best sangattt, hahaha dihormati disayangi disukai.
After few months kecoh ramai breakout lepas pakai local product, aku mula jadi takut. Aku pakai almost 1year. Disebabkan fikir untuk long term aku quit local product. Alhamdulillah xdak jadi pape, lega weh. However, it becomes disaster after few months later. Muka aku naik jerawat teruk sangat. I lost my beautiful face. Aku xkeluar bilik sebab malu dan elakkan diri berjumpa orang.
Walau bagaimanapun, hidup harus diteruskan, sampai bila nak menyorot. Ramai kawan2 tanya kenapa dengan muka. Aku bagitahulah hal sebenar, tersilap produk. Ada kata xsesuai dengan kulit, ade kata kulit aku sensitive, ada kata hormone aku xstabil. Lelaki2 panggil aku muka pecah. Sakitnya tuh rasa macam nak quit study. Huhu
Pastu ade kawan aku ni kata, dia pakai local product xjadi pape pun, bahkan bangga lagi dengan kulit muka dy yang lawa. Aku malas nak ulas panjang. Aku dengar je. But u want to know, bulan nie dy jumpa aku, muka dy pun breakout weh. Dy datang pada aku minta tips. Another my friend, dia kata dia xnak berhenti sebab risau jadi macam aku. Ikut hg lah kalau hg nak pakai muka tu sementara ,hg buatlah macam tu. Kawan aku yang introduce ke aku produk nie, dy pakai 4tahun, lagi pecah teruk. Asal sembuh naik balik, sembuh naik balik. Doktor kata mercury banyak sangat tempek kat muka. Aku kasihan kat dy, asyik nangis je.
Kesimpulan aku nampak, makin lama kau pakai, semakin susah nak sembuh for the future. So, fikirlah secara bijak. Btw, kawan aku, dy breakout after 5months quit. Means that, lps quit xterus breakout lagi but after few months mercury baru mula beraksi.
Now, bila girls muka lawa2 lalu depan aku, aku xrasa jeles pun, dan bila aku tengok especially dalam tandas depa tepek pakai produk yang aku pernah pakai dulu, no wonder muka licin macam korea. Sebab aku pernah muka macam tu dulu. Aku berharap muka korang xpecah macam aku nnti quit. Btw, produk tu dah kena banned but xtahu pasai apa, macam mana bole market lagi, dan kenapa ada orang pakai lagi. Xtakut ke, hmmm Aku beribu duit habis untuk rawat muka, try and error produk yang sesuai plus supplement.
Pelbagai produk international dan local yang diyakini aku research dan review. Habaq mai je product apa, aku bole ulas. Review hampir separuh tahun. Sekarang muka aku quite okay but xflawless lagi. Anyway aku kena tinggal oleh pakwe aku sebab muka pecah. Thanks baby. Dulu cakap, saya xkisah muka awak cantik x, sekali di uji, kau kutuk aku kaw2. Dasar jantan!
K lah, end of my story aku bukan nak menakutkan mana2 pihak, just my experience. Korang pandai2lah pikir. Muka bukan pakai sekejap, nak pakai sampai tua. Jaga muka kerana ia salah satu keyakinan diri. Xsemua orang face this, atas naseb kut, naseb aku sudah tercatat macam nie. Aku redha However, rasa disaster sangat but dari sini aku belajar bersyukur walau kekadang menagis jugak. hukhuk
Finally mesti ramai nak tahu produk apa, aku dan kawan2 dan kenalan aku facing adalah local product D****, G G, N A, T*** dan etc.
– Miss Rapunzel
credit to : IIUM confession -BM

Wednesday, October 25, 2017

TIPS MEMILIH SKINCARE

Assalamualaikum kepada semua reader

terima kasih kerana berkunjung ke blog saya ini

kali ini saya ingin update berkenaan tips untuk memilih skincare

lambakan skincare di luar sana seringkali membuat ramai wanita bingung sama ada ia serasi dengan kulit atau tidak.

Tips yang paling utama adalah:

Pastikan jenis kulit anda terlebih dahulu.

Macam mana hendak pastikan kulit wajah adalah sejurus bangun dari tidur, ambik cermin dan tengok wajah kita sama ada merangkumi salah satu ciri di atas.

Selepas kita mengetahui jenis kulit, barulah kita pergi ke farmasi yang berdekatan dan memilih rangkain penjagaan wajah mengikut kesusaian jenis kulit kita.


Bagi mereka yang memiliki kulit kering, amatlah di sarankan agar menjauhi cleanser yang mempunyai buih yang banyak kerana ia boleh menyebabkan kulit anda lagi kering. Akibat daripada salah memilih produk, golongan ini mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk kulit menjadi lebih sensetif.

Sekiranya anda mempunyai masalah atau nak tanya berkenaan jenis kulit anda

boleh la whatsapp saya

Nur
017-9698951

PRODUCT NAK CANTIK

Bismillah.. Assalamualaikum… Terima kasih sekiranya admin approve confession aku ni. Aku nak mengambil kesempatan ni nak cerita tentang produk kecantikan.
Aku merupakan pelajar lepasan kejuruteraan kimia dan seorang wanita. Ok cukup tu saja tentang aku. Produk kecantikan sekarang terlalu banyak bersepah2.. kunyah2 la.. minum la.. bentuk pil dan macam2 lagi.
Dan kalau perasan, boleh dikatakan setiap artis2 dekat Malaysia ni ada produk masing2. Kalau kita perhatikan memanglah artis tu mempunyai rupa paras yang menarik. Kita sebagai orang biasa memanglah terpengaruh nak beli sebab artis yang jual kot.
Terutama artis2 yang tengah hot sekarang ni. Aku tak salah kan retis2 tu semua nak jual produk tapi kita ni semua patut bukak mata. Aku cerita ni sebab aku yang bidang chemical ni pun takut nak jual produk2 ni.
Aku bukan nak rendahkan retis2 tu semua cuma aku perasaan retis2 mostly takdak background yang ke arah ni. Setakat diorang jual tudung ka, minyak wangi, baju ka aku tak kisah. Ni tak, segala jenis produk. Konsepnya sama, ambik pil, minum hak yang dalam sachet. Letak dalam bekas goncang2 minum sebotol sehari.
Aku tak kata aku ni bagus ke atau memang hebat dalam bidang chemical nih. Tapi aku biasa dengan experiment2.. tau yang macam2 boleh jadi.. macam2 error nak tentukan berjaya ke tidak. Kadang2 tu ada manusia yang perangai teruk tu tipu sikit bagi result cantik. Ni aku cuba sampaikan yang lama masa diambik untuk tentukan keselamatan sesuatu produk tu.
Cuba bayangkan produk yang artis tu juai korang tahu tak selamat ke tidak. Korang kenal tak chemical yang letak dalam produk tu yang korang berani sangat masuk dalam tubuh korang.
Lecturer aku dulu pernah pesan, “you learn chemical then you put chemical into yourself” Why? Why? Aku tak bangga dengan course aku ambik tapi nak korang sedar bahayanya main masuk je chemical ikut dan je dalam badan.
Segala jenis review ada kat ig, berbagai produk pantang femes je mesti ada produk. Aku nak korang bukak mata janganlah terlau muah terpengaruh. Artis tu je yang untung depa duit banyak pegi buat clinical treatment bagai. Memanglah cantik. Kita je la dok guna lagi produk depa.
Aku pun wanita aku paham perasaan tu bila aku nak jugak cantik. Aku dulu comot hitam aih. Memang selalu disisihkan, confident tu takdak, orang jual air pun tak mau aih pandang muka aku. Kira lambat la layan. Tapi aku berubah lah pelahan2 cari produk selamat. Makan masa dan memang tak putih teruih sampai la ni pun hitam lagi. Tapi kira aku ubah lah penampilan aku jugak. Pakai bagi segak sikit. Alhamdulillah dah konfiden. Orang pun dah mula pandang. Aku jaga adab tutur aku sebab aku sedar diri tak seberapa. Ejek maki sebab huduh to memang aku pernah merasa la dulu. Tapi sekarang alhamdullilah. Aku tak dengki orang lain nak cantik tapi aku cuma nak pesan supaya sayang diri jangan lah sesuka hati masuk produk dalam badan.
Dan aku menyeru segala jenis manusia yang expert bidang nih silalah bagitau orang ramai tentang bahaya produk2 yang bersepah2 ni. Aku tahu mesti ada yang akan marah tapi aku cuma mahu sampaikan pesan supaya hati2 memilih produk. Aku tak kata semua bahaya tapi hakikatnya ramai kat dalam hospital sebab bubuh produk apa entah dalam badan.
Jangan terlalu mudah terpengaruh.
Yang nak komen2 silalah. Kita sebarkan bahaya nih.
– Izzati
CREDIT TO : IIUMC

Wednesday, October 18, 2017

MARYKAY INDEPENDENT BEAUTY CONSULTANT (IBC)





Berjaket hitam, skirt hitam dan tudung pink menarik beg ala-ala pramugari gitewww 


APA ITU MARYKAY INDEPENDENT BEAUTY CONSULTANT

Marykay - Top 5 Direct Selling Company 

Independent- bebas

Beauty - kecantikan

Consultant- Perunding

Perunding Kecantikan Bebas Marykay adalah mereka yang bertanggungjawab untuk mempromosi barang Marykay kepada wanita ataupun lelaki di luar sana mengikut terma dan syarat yang di benarkan dalam syarikat

Mereka bukan  BERKERJA  dengan Marykay akan tetapi mereka hanya sales force yang secara suka rela dan income mereka di tentukan oleh jualan dan juga komisyen.

Apa yang paling best adalah perniagaan ini adalah ia hak milik kita sepenuhnya. Barangan kita di perolehi daripada Marykay HQ Malaysia namun pembuatan ataupun kilang di Dallas, Texas.

Marykay merupakan Direct selling company yang mana kita boleh mengrecruit orang bawah kita akan tetapi mereka akan order direct dari HQ bukan dari kita.

Yang berminat nak buat business, real business dan bukan memperkayakan orang atas (recruiter) boleh contact

Nur
www.wasap.my/60179698951
Marykay Independent Beauty Consultant Malaysia


Sunday, October 8, 2017

SKINCARE YANG SESUAI

Masih tercari-cari skincare yang sesuai untuk kulit anda?

Jom hubugi saya:



Saya adalah beauty consultant yang berdaftar dengan Marykay. Setiap Beauty Consultant Marykay mempunyai ID mereka masing-masing

Monday, September 11, 2017

INTRODUCTION

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog baru saya MKcosmeticbynur

Page ini berkenaan dengan Marykay produk yang telah saya guna lebih daripada 2 tahun.

Apa yang best berkenaan Marykay adalah :-

1.Produk antarabangsa yang telah berada lebih daripada 50 tahun di dunia dan berada di 35 negara seluruh dunia.

2.Produk marykay berasaskan tumbuhan dan mineral

3.Marykay juga memberi peluang kepada lelaki dan wanita di luar sana untuk menjana pendapatan

dan banyak lagi.

kepada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut

boleh la menghubungi saya

Nur
017-9698951
Marykay Independent Beauty Consultant